kahwin muda

Saya kahwin pada usia 22 tahun tapi sayalah org paling tak suka utk perjuangkan tentang kahwin muda. Kenapa?

Posted on

Jika lihat di sosial media sekarang ni makin ramai anak-anak muda serta rakan kita yang sudah menamatkan zaman bujang mereka.

Ada diantara mereka ambil inisiatif sendiri untuk menabung bersama pasangan dan ada juga perkahwinan mereka ditanggung oleh ibu bapa. Orang kata ikut kemampuan serta rezeki masing-masing.

Bagi lelaki bernama Megat ini, dia tidak suka perjuangkan isu tentang kahwin muda walaupun dia sudah berkahwin pada umur 22 tahun. Eh pelik, kenapa pula macam itu? Jom baca penjelasan dan peringatan dari anak muda ini. Kalau baca betul-betul, pasti anda setuju!

Lelaki ini kahwin muda, tapi tak suka perjuangkan tentang kahwin muda. Boleh baca bebenang halusinasi ni.

Lately ni saya tgk ramai org kecam org kahwin muda ni. Dari kes si photographer islamic, umur 17 dah kahwin & plg latest si isteri dulunya buruk.

Yes betul kahwin muda yg org duk perjuangkan ni utk elakkan maksiat, hidup lebih berkat, rezeki bertambah, jd lebih bertanggungjawab dan mcm mcm lagi.

Dan saya setuju, kalau dah ada peluang & ruang untuk kahwin. kahwinlah. Usahalah sebaik mungkin untuk kahwin. dan Rasulullah sendiri suruh utk kahwin muda. tp ada syaratnya…

Untuk kes kecaman yg viral tu. saya nampak dari segi positifnya sgt bagus. Sorang perjuangkan isu kahwin muda. sorang kahwin lepas habis spm. Sorang lg utk beri kesedaran kpd laki laki takyah nk menggatal dgn org yg ko tk tahu dia tu single ke dh kahwin ke lesbian ke 🙂

kay sambung balik. syarat utk kahwin kuncinya adalah MAMPU. Mampu zahir dan batin. okay saya nak sentuh bab yg kecil dalam topik mampu iaitu..