malenesia

Penyakit Viral

Posted on

Ya, ini sudah jadi satu penyakit sekarang. Satu jenis kanser antara yang kronik dalam masyarakat di Malaysia khususnya.

Asal ada telagah sikit, viralkan. Asal tak puas hati sikit, viralkan. Benda bijak engkau viralkan, benda bodoh lagilah banyak diviralkan.

Yang paling membimbangkan adalah apabila benda tak betul diviralkan. Fitnah paling senang tersebar pakai media inilah. Nanti bila dah kena debunk yang berita itu palsu senang je boleh cakap :

‘Aku copy group sebelah je. Manalah tahu kalau betul’

Contohnya isu baru ini bila ada pasangan yang harass penguatkuasa dan cuba untuk ambil gambar dia. Kau tahu kenapa dia mahu ambil gambar? Mahu kasi viral, mahu kasi malu.

Jaja cerita keliling FaceKampung supaya engkau orang yang joyah johnson tambah aibkan dia di laman sosial. Itu maksud Abam bila Abam kata benda ini dah jadi penyakit. Engkau dah mula menyalahgunakan kuasa internet.