malenesia

Nak Cantik dan Sihat dengan Harga Mampu Milik? Cuba Baca Review Produk Ni

Posted on

Hi jumpa dengan Naufal disini. Tak Payah Produk Mahal2 sebenarnya. Ni Thread kalau korang nak kulit cantik dan sihat dengan produk harga mampu milik.

Banyak juga produk facewash yg aku dah cuba, ada yg sesuai dan ada yg kurang sesuai. Aku akan review satu-satu dan mungkin boleh jadi guide kepada sesiapa yg berhajat nak cuba mana-mana facewash ni dalam thread di bawah ni.

1. Cetaphil

Antara paling popular sebab berkesan dan mahal . Cetaphil tak berbuih & sesuai utk semua jenis kulit. I got no complaint tapi nak tunggu hasil mungkin sebulan dua. Mahal tapi tahan lama. Aku perasan yg Cetaphil bantu pudarkan bekas jerawat (tompok hitam).

2. Neutrogena Deep Clean Liquid Paling Power !!!

Kulit aku jenis oily & acne prone. Senang tumbuh jerawat kecik2 tu. Aku terus jatuh cinta dgn this one sbb first wash je, aku boleh rasa perubahan yg positif. Tak berbuih sgt dan setakat ni aku rate 9/10 hehehe.

3. Eucerin White Therapy

Penyelamat waktu break out. Kenapa ? Sebab dia bukan sahaja buat jerawat rasa give up nak tumbuh, dia bantu cerahkan dan sekatakan tona kulit. Quite expensive tapi buih banyak gila & pki sikit je dah cukup. Recommended ! Kulit sensitif patut cuba.

4. Eucerin Apricot Blemish Control Scrub

The best scrub (bagi aku lah). First sebab rasa kasar scrub tu dan buat aku yakin muka aku sedang disental. Scrub penting utk buang sel kulit mati. Aku biasanya seminggu 2 kali. Bantu cepatkan proses pemulihan bekas jerawat, cela.