MengamukGaji

Gara-gara Terima Gaji Lewat, Lelaki Pukul Anak Majikan dan Bakar Kereta!

Posted on

Seorang lelaki berusia awal 30-an mengamuk dengan memukul anak majikan dan rakan sekerja setelah mendapati gajinya lambat dibayar.

Buruh binaan terbabit juga bertindak membakar kereta rakan sekerjanya yang dipercayai cuba mententeramkan suspek.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zailani Amit berkata, insiden kira jam 3.50 petang Sabtu itu berlaku di hadapan sebuah restoran di Jalan Aman, di sini.

Menurutnya semasa kejadian, tiga pekerja binaan sedang menanti bayaran gaji oleh majikan.

Bagaimanapun, suspek dikatakan berang selepas dimaklumkan oleh anak majikannya yang berusia 24 tahun mengenai kelewatan pihak syarikat membayar gaji kepada pekerja untuk bulan ini.

Justeru, rakannya berusia 35 tahun cuba menenangkan suspek, namun dia terus mengamuk dengan memukul isteri rakannya itu dan anak majikannya.