malenesia

5 Tips Kos Perkahwinan Hanya RM800 Sahaja

Posted on

Pasangan Berasal Dari Sarawak Yang Telah Viral Di Laman Sosial Seluruh Malaysia Ketika Ini, Kos Perkahwinan Hanya RM800 Sahaja”

Kecoh tentang kos perkahwinan bernilai RM15,000 sehinggakan pasangan tersebut tak jadi berkahwin. Ni Ada 5 tips pengkongsian dari pasangan ini sejumlah RM800 sahaja.

  1. Mas kahwin RM100, kadi dan saksi RM200
  2. Makan lepas nikah ahli keluarga dan sahabat rapat yang hadir tak sampai RM500 (Makan dekat Dapor Sarawak). Takde katering, ala carte je
  3. Budak-budak TV9 saya belikan 2 bucket KFC
  4. Kawan-kawan yang datang bawak camera jadi photographer terus
  5. Tak ada berinai, hantaran. Baju pakai baju yang ada. Tak ada tukar2 baju

Tapi, pembaca berita sambilan TV9 berasal dari Sibu, Sarawak iaitu Fadhil Mohamad Isa,32 dan pasangannya Siti Norazlin Salim, 36 bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan yang beroperasi di Jeddah itu mampu membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk mengadakan kenduri kahwin murah dan mengikut kemampuan.

Lebih mengejutkan kos perkahwinan mereka berdua hanya bernilai RM800 sahaja. Majlis berkenaan sengaja diadakan secara ringkas berikutan tidak mahu membazir walaupun dirinya sebenarnya mempunyai kemampuan.

“Lagipun kami fikir lebih baik duit simpanan itu digunakan untuk teruskan hidup selepas kahwin memandangkan kos sara hidup di bandar ini tinggi.”

“Malah, kami dapat buktikan tanpa majlis perkahwinan mewah pun kami boleh hidup bahagia seperti pasangan lain apatah lagi isteri kini sedang hamil tiga bulan,” katanya.

Untungnye jika memiliki parents yg memahami & boleh menerima kesedarhanaan begini. Agak sukar bg anak2 yg mempunyai parents yg masih berfikiran lama yg mementingkan adanye majlis kenduri kahwin yg wajib menjemput seluruh saudara mara & sahabat handai untuk memberitahu yg ank mereka kahwin.